Isnin, 24 Jun 2013

Sekolah di Daerah Klang diisytiharkan cuti esok.

Adalah dimaklumkan bacaan ipu di daerah Klang telah mencapai tahap tidak sihat. Justeru itu pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah mengeluarkan arahan agar semua sekolah di daerah Klang (termasuk SMK Jalan Kebun) di"tutup" esok.

Isnin (24 Jun 2013) diisytiharkan "CUTI"

Adalah dimaklumkan bahawa sesi persekolahan pada hari Isnin (24 Jun 2013) telah ditetapkan cuti untuk warga sekolah. Berikutan masalah jerebu yang melanda di kebanyakan tempat di Selangor. Maklumat lanjut boleh didapati laman rasmi JPNS. Harap maklum.

Jumaat, 21 Jun 2013

Blog Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan PPD Klang


Tahniah Kor Kadet Polis Shah Alam..

Terima kasih dan syabas kepada 6 pelajar SMK Jalan Kebun diatas komitmen yang diberikan sepanjang perkhemahan.

PENYELARASAN SKOR PBS UPSR PMR SPM 2013

PENYELARASAN SKOR PBS UPSR PMR SPM 2013

Salam 1Malaysia
Pengetua dan Guru Besar Sekolah Daerah Klang
Ketua Pentaksir kawasan dan Pentaksir kawasan yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor akan membuat pemantauan dan penyelarasan skor membabitkan PBS UPSR PMR SPM
di sekolah tuan / puan dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu mulai tarikh:-
PBS UPSR (1 - 5 Julai 2013)       PBS PMR (24 – 28 Jun 2013)         PBS SPM (1 - 5 Julai 2013)BM, BI, SAINS, P.ISLAM                BM, BI, B.ARAB, SAINS, KH,                 BM, BI, BC, BT, P. AKAUN
                                                        
GEOGRAFI, SEJARAH, P.ISLAM
Terima kasih.
Unit Penilaian dan Peperiksaan
PPD KLANG

Kelas Pengajian Al-Quran dan Tajwid


Perkembangan Terkini 1BestariNet di SMK Jalan Kebun 2013





Salam Cikgu,

Saya merujuk kepada perbualan telefon kita sebentar tadi.

Walaupun struktur sudah siap di pasang namun kami memerlukan 2-3 minggu bagi memastikan segala kerja-kerja operasi (testing and commissioning) berjalan dengan baik.

Setelah itu kontraktor kami akan menghubungi sekolah bagi pemasangan zoom.

Saya berharap penerangan di atas teratur dan segala kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Terima Kasih,

Shahrizan Bin Shahron
1BestariNet Account Management Unit

YTL Communications Sdn Bhd
Mobile: 018.2000015|  T : +603.20278888|  F: +603.20278828  |  E: shahrizan.shahron@ytlcomms.my
Level 17, One Oriental Place, No 1, Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia.

From: Wong Seck Foo
Sent: Thursday, 20 June, 2013 10:28 AM
To: Shahrizan Bin Shahron; Yau Shern Cheng; Lim Siew Mun (Carmen)
Cc: muhammadsyahidon@gmail.com
Subject: RE: SMK JALAN KEBUN-BEA0105

Dear Shahrizan,

Even though the physical structure is up, the equipment installation, testing and commissioning may take 2-3 weeks. Once On air, we will trigger  Zoom installation. Thanks.

Regards,
Seck Foo

From: Shahrizan Bin Shahron
Sent: Thursday, 20 June, 2013 9:09 AM
To: Wong Seck Foo; Yau Shern Cheng; Lim Siew Mun (Carmen)
Cc: muhammadsyahidon@gmail.com
Subject: SMK JALAN KEBUN-BEA0105

Hi Seck Foo,

The teacher would like to know when can they get 1BestariNet internet. The 1BRIS completed (physical). Please update us.

p/s: Teacher copied in this email

Terima Kasih,

Shahrizan Bin Shahron
State Account Manager
1BestariNet Account Management Unit

YTL Communications Sdn Bhd
Mobile: 018.2000015|  T : +603.20278888|  F: +603.20278828  |  E: shahrizan.shahron@ytlcomms.my
Level 17, One Oriental Place, No 1, Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur, Malaysia.

Jumaat, 14 Jun 2013

Lawatan Penandaarasan Pengurusan PBS dari SK Bukit Rimau.

Lawatan Penandaarasan Pengurusan PBS dari SK Bukit Rimau.

Hari : Jumaat
Tarikh : 14 Jun 2013
Masa : 3.00 petang.

Penglibatan : Pentadbir dan guru SK Bukit Rimau.

"SELAMAT DATANG."

Apple Introducing iOS 7 - Official Video



MEMO : Guru Data

PEMANTAUAN KENDIRI MENGGUNAKAN BORANG PEMANTAUAN SPMICT

Salam 1 Malaysia
MEMO
 Kepada
Guru Data & Maklumat
Sekolah-sekolah Daerah Klang
 
Sila muat turun borang tersebut dan jalankan pemantauan kendiri seperti mana yang telah dijelaskan dalam sesi verifikasi data jun 2013.
Sekian Untuk Makluman
Mohd Hanapi b Mohd Daud
Penyelia Maklumat 
Pejabat Pelajaran Daerah Klang

Khamis, 13 Jun 2013

Video Program Sambutan Isra' Mikraj

"Warming-up" Ramadan.


Bagaimanakah persediaan anda untuk Ramadhan?

Bagaimanakah persediaan anda untuk Ramadhan?

Hari ini tanggal 3 Sya’ban 1434 H (bersamaan 13 Jun 2013) dan beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan. Tidak sabar rasanya.

“Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

PERSEDIAAN DARI SUDUT IMAN
Iman tidak dapat digambarkan dengan wacana pacaindera mata biasa, kerana iman itu pakaian kepada perbuatan, panduan kepada lidah dan cahaya kepada hati yang menerima nur Islam sebagai tatacara kehidupan.

Ramadhan adalah penghulu kepada semua bulan, maka perlu kita bersedia untuk menghadapinya dan merasakan kerinduaan untuk bertemu dengannya. Di dalamnya terdapat kerahmatan yang Allah kurniakan lebih daripada bulan-bulan  selainya.
Apakah perasaan kita ketika menyedari bahawa Ramadhan menghampiri kita? Gembira? Kecewa? Atau tidak merasakan sesuatu pun?
Rasakanlah kehangatan kedatangan Ramadhan dengan perasaan gembira, takut, dan sedih.

PERSEDIAAN DARI SUDUT FIZIKAL DAN MENTAL
Puasa menuntut pengorbanan yang besar pada setiap diri individu muslim. Gejolak nafsu, letih akal dan badan perlu ditangani sebaik mungkin.

Segala kebarangkalian yang mungkin datang perlu diperhalusi dan difikirkan solusi. Jangan nanti godaan hawa nafsu dan masalah diri diheret menjadi sebab untuk meninggalkan kewajiban kita untuk tidak berpuasa.
Gastrik, lesu, ketagihan, rokok dan bermacam lagi.

Bulan Rejab dan Sya’ban harus dijadikan sebagai bulan latihan untuk ‘memanaskan badan’ dengan ibadah-ibadah seperti puasa sunat, qiamulail, tadarus quran, solat sunat dan sebagainya. Persediaan ini dilakukan dengan harapan mudah-mudahan kita tidak ‘terseliuh’ mahupun ‘kelelahan’ ketika berada dalam Ramadhan.

PERSEDIAAN DARI SUDUT HARTA
Maksud persediaan dengan harta di sini bukanlah menyuruh kita untuk mempelbagaikan juadah berbuka mahupun sahur, tetapi untuk kita lipatgandakan sedekah.

Sedekahkan harta kita kepada saudara seagama yang memerlukan seperti musafir, fakir miskin, dan anak yatim piatu.

Zakat fitrah adalah di antara kewajiban yang akan kita tunaikan dalam Ramadhan. Zakat menyucikan harta, dan sedekah meluaskan pintu rezeki kita.

PERSEDIAAN DARI SUDUT ILMU DAN INTELEK
Ada di antara kita mungkin telah lupa tentang banyak perkara berkaitan dengan Ramadhan. Maka marilah bersama kita membaca bahan rujukan yang berkaitan di samping menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan.
Rukun puasa, syarat sah, perkara yang membatalkan, rukhsah, solat sunat terawih, perihal sahur dan berbuka mahupun ilmu fiqh tentang puasa di bulan Ramadhan.

Tidak lupa juga untuk kita menghafal ayat-ayat dan doa-doa yang berkaitan dengan pelbagai jenis ibadah yang mungkin akan  kita laksanakan kelak.

Persiapkan diri kita untuk menjauhi perbuatan-perbuatan yang sia-sia seperti berbual kosong, mengumpat, tidur berlebihan dan banyak lagi.

RINGKASAN
Persiapan diri untuk berpuasa; seminggu sebelum Ramadhan, kurangkan kadar makan dan lebihkan memakan buah-buahan.

Peruntukkan wang untuk sedekah jariah dan zakat. Jika kita sudah akil baligh, belajar untuk membayar sendiri zakat.

Mahirkan diri dengan segala rukun, sunat, harus dan makruh yang bekaitan dengan puasa Ramadhan.
Rancang startegi yang tersusun untuk memperbanyakkan hafalan dan bacaan/ tadabbur dan tadarus Al-Quran.
Latih diri untuk bersifat mahmudah (terpuji) seperti sabar dan senyum. Rendahkan sifat mazmumah (keji) seperti fitnah, lagha dan mengumpat.

Video Program Lawatan Penandaarasan Pengurusan PBS SMK (P) Kapar, Klang.


Bahan Terkini SAPS dan HC

Salam 1Malaysia
Pengetua/Guru Besar
Berikut adalah bahan-bahan terkini  SAPS dan HC untuk perkongsian bersama Pengetua/Guru Besar dan PK1 dan SUP SAPS dan perlu disebarkan kepada semua guru di sekolah. Dimaklumkan Web SAPS masih diselenggara sehingga 12.6.2013. Tarikh Onsite Sekolah Menengah dijadualkan pada 18 dan 19 akan digantikan dengan taklimat SAPS ,Headcount dan Mini Makmal NKRA.
Sekian, terima kasih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...