Khamis, 28 Februari 2013

5 Basic Duties Of A Muslim

Terbaiklah KP Pendidikan Islam SMK Jalan Kebun


PENGHANTARAN DATA MAKLUMAT GURU, KELAS & MURID GPI 2013

Assalamualaikum wrh. wbt. dan Salam 1 Malaysia

Perhatian kepada semua KP Pendidikan Islam. Berikut adalah sekolah-sekolah yang belum menghantar data di atas sehingga 28 Februari 2013 (9.00 pagi).

SK PELABUHAN KLANG~SK RANTAU PANJANG~SK KAPAR~SK SG. BINJAI~SK PULAU INDAH~SK TOK MUDA~SK KG. RAJA UDA~SK PANDAMARAN JAYA~SK BUKIT KEMANDOL~SK TELOK GONG~SK TAMAN KLANG JAYA~SK SG. UDANG~SK PELABUHAN UTARA~SK ABDUL SAMAT~SK MERU~SK KG. IDAMAN~SK MERU 2~SK SG. KAPAR INDAH~SK BUKIT KEMUNING~SK PULAU INDAH 2~SK BATU UNJUR~SK METHODIST ACS~SK 1 JALAN BATU 3~SK CONVENT 2~SK 1 JLN. MERU~SK 2 JLN. MERU~SK(P) METHODIST~SK TBA 1~SK(P) BKT. KUDA~SK 1 SIMPANG LIMA~SK 2 SIMPANG LIMA~SJKC CHUNG HUA~SJKC KONG HOE~SJKC PIN HWA 1~SJKC PIN HWA 2~SJKC TIONG HUA KOK BIN

SMK TG. IDRIS SHAH~SMK SULTAN ABDUL SAMAD~SMK PULAU INDAH~SMK SRI ISTANA~SMK RANTAU PANJANG~SMK PENDAMARAN JAYA~SMK TLK. GADONG~SMK KG. JAWA~SMK KOTA KEMUNING~SMK BB SULTAN SULEIMAN~SMK SG. KAPAR INDAH~SMK SHAHBANDARAYA~SMK BATU UNJUR~SMJK CHUNG HUA~SMK TINGGI~SMK(P) BKT. KUDA~SMK DATO' HAMZAH~ SMK(P) RAJA ZARINA

Mohon ambil tindakan segera. Terima kasih
Sumber : PPD Klang

Pelajar Contoh





Foto

Rantau Panjang: Ketika kanak-kanak lain seronok bermain air, lain pula dilakukan Nurul Natasha Mohd Yasin, 11, apabila dia menyelamatkan beberapa naskhah al-Quran di dalam bilik darjah yang ditenggelami banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 1, di sini, semalam.

Nurul Natasya yang juga murid tahun lima sekolah berkenaan berkata, dia keluar rumah untuk melihat keadaan sekolahnya yang ditenggelami banjir sebelum teringat ada beberapa naskhah al-Quran berada di dalam bilik darjah.

Katanya, meskipun terpaksa meredah air sehingga paras pinggang dalam kawasan sekolah berkenaan, dia memberanikan diri untuk melihat keadaan bilik darjah.

“Selepas masuk ke dalam bilik darjah saya memeriksa setiap meja murid dan mendapati ada al-Quran tertinggal sebelum segera menyelamatkannya daripada ditenggelami banjir.


Foto
Amir Azizan
Batu Pahat: Usianya baru 13 tahun namun kejujuran dan kemurnian hati Amir Azizan Hashim mungkin jauh mengatasi orang dewasa apabila dia memulangkan semula beg tangan berisi RM37,500 (SG$15,000) milik seorang wanita warga Singapura yang tercicir.

“Saya mengayuh basikal selaju mungkin mengejar kereta dinaiki wanita itu bagi mengembalikan beg tangannya,” katanya mengimbas kejadian itu yang berlaku berhampiran sebuah pasar raya di Taman Soga, di sini, awal Januari lalu.

Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Syed Esa, di sini, ditemui selepas menerima sijil penghargaan atas kelakuan terpujinya itu daripada pihak sekolah, semalam.

Sijil penghargaan itu disampaikan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Dato’ Syed Esa, Mohd Taat Kasran.



(Semoga menjadi contoh dan tauladan kepada kita semua)

Sabtu, 23 Februari 2013

Kajian PBS

Kajian PBS : Kefahaman Guru dan Amalan Di bilik Darjah/Sekolah.
______________________________________
Klik link->  kajian pbs

*tarikh melengkapkan soal selidik telah dilanjutkan sebelum atau pada 24 Februari 2013

Makluman Terkini Dokumen Standard Prestasi (DSP)


SALAM 1MALAYSIA
PENGETUA/GURU BESAR
SEKOLAH DAERAH KLANG
MAKLUMAN TERKINI DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)
Dimaklumkan bahawa guru-guru boleh memuat turun Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi 
Tahun 3
 dan Tingkatan 2 untuk Tahun 2013 melalui portal
Lembaga Peperiksaan http://www.gov.moe.my/lp/

Berikut adalah DSP bagi mata pelajaran yang telah ditambahbaik:

SENARAI MATA PELAJARAN KBSM TINGKATAN 1
1. Bahasa Cina
2. Bahasa Iban
3. Pendidikan Islam
4. Pendidikan Moral
5. Pendidikan Muzik
 SENARAI MATA PELAJARAN KSSR TAHUN 1
1. Bahasa Iban
2. Pendidikan Moral
3. Dunia Seni Visual
4. Dunia Muzik
5. Pendidikan Kesihatan
 SENARAI MATA PELAJARAN KSSR TAHUN 2
1. Pendidikan Moral
2. Dunia Seni Visual
3. Dunia Muzik
4. Pendidikan Kesihatan
Terima kasih.
Unit Penilaian dan Peperiksaan
PPD KLANG

Semak Slip Peperiksaan Pelajar

SEMAK

Isnin, 18 Februari 2013

Doa Mesyuarat PIBG


DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , gemilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَالِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ نَلْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Rabu, 13 Februari 2013

Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG41


Salam 1Malaysia
PERHATIAN
Kekosongan Jawatan Penolong Pengarah Gred DG41 di Bahagian Pendidikan Khas, KPM
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
1.     Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Penolong Pengarah Gred DG 41 di Bahagia Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.     Sehubungan itu, bahagian ini mempelawa guru-guru atau pegawai-pegawai yang berkelayakan mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut.
3.     Sila muat turun borang permohonan di bawah :
4.     Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada 15 februari 2013 ke alamat seperti berikut ;
       Pengarah,
       Bahagian Pendidikan Khas
       Kementerian Pelajaran Malaysia
       Aras 2, Blok E2
       Kompleks Kerajaan Parcel E
       Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
       62604 Putrajaya
       (UP : Unit Pembangunan Organisasi & Perkhidmatan)

Sekian.
(sumber---> PPD Klang)

Panduan 1BestariNet




1 BESTARINET
(1) 1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia.
(2) Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia.
(3) Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia.


ARTIKEL DAN MAKLUMAT MENGENAI RADIASI PEMANCAR TELEKOMUNIKASI
Radiasi adalah satu bentuk tenaga yang bergerak dan bersifat  elektromagnetik. 
Terdapat 2 jenis Radiasi:
(1) Radiasi Berion (Ionizing Radiation) memiliki tenaga yang cukup untuk megubah tindak balas kimia pada tubuh badan dan memberi kesan kepanasan melampau.Contohnya sinaran Gamma dan sinaran X ( X-ray).
(2) Radiasi Tak Berion (Non Ionizing Radiation) tidak memiliki tenaga yang cukup untuk menyebabkan pengionan dalam jirim hidup dan tidak mendatangkan kesan buruk pada manusia.Pemancar TV,radio dan telekomunikasi adalah contoh radiasi frekuensi radio(RF).

Berikut dilampirkan artikel-artikel berkaitan Radiasi untuk makluman.

Sumber: Laman JPN Selangor > klik

Khamis, 7 Februari 2013

Selamat Tahun Baru Cina 2013

Selamat Tahun Baru Cina






Cuti Peristiwa : Penerangan dan definisi.


Cuti Peristiwa : Penerangan dan definisi

Merujuk kepada Peraturan-peraturan Pendidikan (penggal, Hari dan Cuti Sekolah) 1998, telah dinyatakan berhubung hari persekolahan dan cuti peristiwa. Merujuk Peraturan 3 dinyatakan bahawa "cuti peristiwa" ialah hari yang tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

Peraturan 6 menyatakan bahawa hari sekolah bagi mana-mana satu tahun hendaklah tidak kurang daripada 190 hari.

Berkaitan cuti peristiwa, Peraturan 7 menyatakan seperti berikut:

(1) Guru Besar atau Pengetua dengan kelulusan Pendaftar, boleh memilih hari tertentu sebagai cuti peristiwa yang hendaklah tidak melebihi 4 hari bagi mana-mana satu tahun.
(2) Cuti peristiwa ini tidak boleh diambil bagi maksud melanjutkan cuti penggal sekolah.

Hari sukan, hari penyampaian hadiah, hari perayaan (aidiladha dan lain-lain) dan kegiatan gotong-royong yang melibatkan satu hari persekolahan boleh dikelaskan sebagai cuti peristiwa.

Seperti takrifan "cuti peristiwa", ia adalah hari di mana tiada pendidikan dijalankan disebabkan oleh apa-apa perayaan atau majlis rasmi sekolah.

sumber : Buku Takwim NUTP 2013, Johor; halaman 12.

NOTA ICTL Tingkatan 2 (Database-Access2010)

 Klik untuk download >> Access 2013

Isnin, 4 Februari 2013

Makluman : Mesyuarat AJK Tertinggi PIBG SMK Jalan Kebun 2013





Mesyuarat AJK Tertinggi SMK Jalan Kebun 2013

Tarikh : 8 Februari 2013
Hari : Jumaat 
Jam : 5.30 petang
Tempat : Bilik Gerakan SMK Jalan Kebun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...